Wednesday, June 27, 2012

Kek Span OR Kek Sarang Semut

Saya suka sangat buat kek nie sebab ianya bukan senang nk buat, ramai kata buat mesti tak jadi tak tau lar cam ne tp nie lar resepi yang selalu sy gunakan untuk membuat kek nie...

Bahan- Bahan :

7 biji teL0r gred A
2 gelas tepung
1 sudu besar bikar bonat
2 gelas gula pasir
2 gelas air
2 sudu besar mentega
1tin susu pekat manis (tak nak manis bleh kurengkan skit)
1 sudu kecik esen vanilla

Cara-cara membuat nye :

1. buat air gula...masak gula pasir dalam kuali sampai cair..dah cair + ngan 2gelas air >hati2 masa masukkan air.. guna api pelahan spai gula dan air cair & padamkan api ketepikan
2. ayak tepung ngan bikar bonat 3x
3. pukul teL0r sampai kembang n ringgan
4. dalam bekas lain pukuL susu ngan mentega sampai pekat
5.masukkan teL0r yg sudah di pukul tadi ke dalam adunan susu
6. kemudian masukkan tepung n esen vanilla
7. last sekali masukkan air gula tadi dan perap seketika
8. bakar suhu 150c..selama 1jam..>ikut oven memasing







RESEPI COKLAT BUATAN SENDIRI

Resepi coklat buatan sendiri ingin saya kongsi kan kepada yang berminat...

Resepi nye sangat senang, mudah, sedap dan yang paling penting hasil tangan kte hehee...

Bahan-bahan :
cooking chocolate
Acuan chocolate
kuali, periuk (untuk double boiled kan)
kacang @kismis@ badam (untuk kita wat inti dia..ikot kesukaan)
1 sudu kecil peanut butter utk mengurangkan rasa manis (petua ni) :)
 
**pewarna yang dibenarkan - base oil (untuk  kaler2 pada coklat jika guna white chocolate)
 
cara-caranya :
 
- Hiriskan chocolate dan masukkan dalam double boiler sehingga coklat cair. (ikotlah berapa banyak kita  nak...)
- Kemudian masukkan peanut butter
- masukkan lar ape jenis kekacang @ kismis or ape saje suka ( sy gunakan badam yang dihancurkan ketika coklat cair)
- dah cairkan...kita boleh masukkan ke dalam acuan yang kita pilih tadi (kalau tak terer ampa gunalah piping bag)
- Masukkan dalam acuan dan masukkan dalam peti ais

SIAPPPP... :)
 
selamat mencuba 
 
tambahan : Jangan lupa goreng dulu badam tu tanpa minyak, supaya lebih sedap.

p/s:kalo nak wat kaler2..guna kan white coklat..buat kaedah yang sama, cuma sejokkan dahulu yang lapisan bawah baru tuang satu lapisan kat atas. ikotlah yang mana dulu..
 



 

Friday, June 8, 2012

Indahnya Ciptaan Yang Maha Kuasa

Semasa pergi ke Tanjung Bidara Melaka baru-baru, waktu petang pemandang di hadapan chalet yang kami menginap sangat2 cantik dan tak penah aku lihat sebelum suasana matahari terbenam.. Indah sungguh ciptaannya...


indahnya pemandangan sebelum senja melabuhkan tirainya 

 begini lar keadan nyer bila senja mula berlabuh memberikan malam menjelma..



Wednesday, June 6, 2012

Pertunangan peja & dila


Tanggal 2hb Jun 2012 kami sekeluarga bergerak ke Melaka kira-kira jam 3.00 petang dan berkonvoi sebanyk 4 buah kereta melalui KL kerana abg Long sekeluarga d tunggu d sana..
Aku ngan suami selalu jerk p KL umah abg long dekat dengkil tapi entah mcm mana hari nie kami tersesat plok yang di mulai dengan adik aku yang tersalah masuk susur maka lepas tur bermula episod kesesatan kami hehhe.. Tapi alhamdullih kami spai jugak kat Melaka dan menginap di Bidara Beach Logde yang terletak betul2 depan pantai...

Keesokkan nye pagi kami main air lepas air surut tp sayang aku d timpa kecelakaan kaki terseliuh akibat jatuh ditolak ombak dan terjatuh atas batu..nasib baik dapt jalan tp semangat aku kuat my hubby tolong urutkan...

Jam 2.00 petang kami serombong bergerak ke rumah pihak perempuan untuk majlis pertunangan adik aku.. tarra nie adalah antara gambar yang di snap oleh my hubby dan my cousin kerana kaki sakit jadi tak leh gerak sangat tapi posing jugak huhu













Monday, June 4, 2012

Mari Berzikir


mari kte berzikir untuk menambahkan amalan ibadat kte.. Jangan biar duniawi mengamburi urusan akhir kte... (^_^_

Friday, June 1, 2012

Suprise!! on my besday

Lama tak menulis dalam blog nie bukan ape busy sket menyiapkan hantaran dLL... Detik Jam 12.00 pada 01 Jun 2012 maka genaplah umo aku 28 Tahun.. dah bertambah lagi satu angka dh raasa mcm dah tua jerk ehhuhuuuu...
Tapi malam rasa seronok dan terharu sangat my hubby buat suprise yang tak penah aku sangka kan pun.... dengan ucapan yang paling romantis sekali aku terima yg seblm nie tak penah aku dapat...
Terima kasih tak terhingga buat suamiku yang tercinta.... Love U So Muchh (^_^)

Wednesday, May 23, 2012

Staff Populor

sempena Hari Guru bAru nie aku dapt anugerah Staff Populor tapi adakah aku nie populor ker ?? hehehee... Aku tak bajet pn dapt anugerah nie kerana aku kira ada lagi lebih layak tapi org dah bagi aku ambk jer rezeki.. Terima kasih pada yang memilih diriku
Semestinya ada orang akan kata "alah sekolah kecik memang boleh dapat dah tak de calon lain" tapi tu sikap orang yang dengki serta iri hati sebab dia tak leh dapt ape aku dapat wakakakaka...... kepada orang berfikiran cam gtu buang lar rasa iri hati sekolah kecik ke besar ke sama jer... " Kerana diriku begitu populor"" (^_^)

Roti Jala

Hari nk kongsi satu lagi resepi kegemaran saya iaitu Roti jala cicah kuah kari tp kat trg org tua-tua cicah ngan kuah manis..
nie resepi yang saya buat :
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
cArA nk membuat adalah :;:
1. Blend ke semua bahan sehingga sekata dan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam
4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat ataupun gulung roti jala tersebut.
5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
resepi kari nyer... tp terpulang pada masing2 lar just kongsi jer.. Bahan-bahan
200 gm isi ayam
Serbuk kari * sy guna BABAS sebab sedap
Santan* terpulang nk cair or pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula
cara- cara masak :-
1. Bawang merah, bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit diblender. Kemudian tumis kulit kayu manis, buah pelage, cengkih dan bunga lawang seketika dan masukkan bahan yang diblender. Tumis bahan2 tersebut sehingga naik bau sehingga keperangan.
2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air berserta daun kari.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak. Kemudian masukkan santan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
SElamat Mencuba....

Tuesday, May 22, 2012

Cholate Homemade ( Mastura Cookies)

coklat nie saya buat khas untuk majlis Dinner Hari GUru 2012 kira ole-ole malam Dinner kat Rumbia PAka pada 16 Mei 2012...
harap-harap coklat nie sedap untuk di makan.. nie hadiah kecil saya khas untuk semua warga SK Tepus...

Puding Triffle

Hari nie nk kongsi resepi puding triffle yang orang kata nama pun dah mewah dan harga nyer pn bleh tahan tp sebenarnya senang dan mudah untuk dibuat sendiri dan lebih sedap...
Nie dia puding Triffle yang saya buat untuk ole-ole tetamu semasa majlis solat Hajat kat umah family saya
nie pula semasa wedding kawin cousin my hubby
Nie dia resepi nyer ... Bahan yang diperlukan adalah...
1 gulung kek (beli yang dah siap sebarang perisa)
1 tin susu cair
4 sudu tepung Kastad
3 sudu besar gula * nk manis bleh lebihkan sket
1 tin buah koktail
1 kotak serbuk jelly * sebarang perisa ( sy guna jenama NoNA)
2 cawan @ 200ml air
cara- cara membuat :-
potong kek setebal 1 cm atau pun agak2 lar tak perlu tebal sangat. Kemudian susun kek tersebut dalam bekas kaca kalu nk nampak dia cantik kalu tak de pun ape2 bekas pun bleh...kemudian asingkan isi buah koktail dan air nyer. Ambik air buah koktail tersbut dan renjis pada kek yang telah di susun cantik tadi.
seterusnya, lapisan tengah dia, blender kan susu cair + tepung Kastad + gula bersama sehingga sebati. kemudian cuah aduan tadi ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan. Pastikan Kacau selalu supaya tak berkentul-kentul.. Kacau sehingga agak-agak pekat dan tutup api. Kemudia cuah aduan tersebut ke dalam bekas yang berisi kek tadi.
Kemudian susun @ taburkan buah-buah koktail tadi atas lapisan kastad tersebut.. Bleh jgk cmpurkan nata d-coco or laici supaya lebih pelbagai..
kemudian masak serbuk jelly bersama air hingga larut. kemudian cuah ke atas adunan tersebut. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras dan sejuk..
Taraa dah siap boleh dihidangkan bila dah sejuk kerana enak d makan bila puding nie sejuk

Friday, May 11, 2012

Lata Belantan wif friend's

Bertolak dari Felda jerangau kira jam 3.30 petang untuk ke chalet Lata BElantan tp tak konvoi sbb kami pergi dulu untuk uruskan penginapan....
Malam pertama spai lata belantan kami mengadakan BBQ bersama.. kira group adalah 20 orang dewasa tak termasuk kanak-kanakk sangat menyeronakkan..
Keesokkan nyer masa untuk mandi-manda....
setelah penat2 mandimanda kami balik masak dan makan-makan. Lepas siap makan-makan dan rilex kami pun kemas2 nk check out dan pulang. kami pulang secara konvoi ramai2 tp sblm balik singgah di Pata Airport lu makan sotong celup tepung, ikan celup tepung, kepok, udang celop tepung, mee goreng dan ketam celop.. myhubby belanja sempena besday dia.. Terima kasih

Wednesday, May 9, 2012

KEK KEJU

Nyumm... Nyumm
malam nie aku menyiapkan 2 biji kek keju untuk santapan kawan2 suami ku merangkap kawan ku jua lar untuk majlis perbincang "meeting" lar sempena program LATA BELATAN pada khamis 10 Mei 2012 hingga Jumaat 11 Mei 2012 yang mana perbincangan tersebut berlangsung di teratak kami...(^_^) ada sebiji lagi kek yang aku sendiri tak tau nk kasi nape hehhe esk2 lar upload kek tur...