Kehidupan ibarat roda yang sentiasa berpusing mcm kehidupan aku juga... aku d lahir kan kemudian beri pendidikan dan sekrg dah pun bekerja.... Bermula dengan sahabat, cinta monyet akhir nyer aku bertemu jodoh dan kawin cuma buat masa ini belum d kurnia kan anak jer lagii,....
Wednesday, May 23, 2012
Staff Populor
sempena Hari Guru bAru nie aku dapt anugerah Staff Populor tapi adakah aku nie populor ker ?? hehehee... Aku tak bajet pn dapt anugerah nie kerana aku kira ada lagi lebih layak tapi org dah bagi aku ambk jer rezeki..
Terima kasih pada yang memilih diriku
Semestinya ada orang akan kata "alah sekolah kecik memang boleh dapat dah tak de calon lain" tapi tu sikap orang yang dengki serta iri hati sebab dia tak leh dapt ape aku dapat wakakakaka...... kepada orang berfikiran cam gtu buang lar rasa iri hati sekolah kecik ke besar ke sama jer... " Kerana diriku begitu populor"" (^_^)
Roti Jala
Hari nk kongsi satu lagi resepi kegemaran saya iaitu Roti jala cicah kuah kari tp kat trg org tua-tua cicah ngan kuah manis..
nie resepi yang saya buat :
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
cArA nk membuat adalah :;:
1. Blend ke semua bahan sehingga sekata dan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam
4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat ataupun gulung roti jala tersebut.
5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
resepi kari nyer... tp terpulang pada masing2 lar just kongsi jer.. Bahan-bahan
200 gm isi ayam
Serbuk kari * sy guna BABAS sebab sedap
Santan* terpulang nk cair or pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula
cara- cara masak :-
1. Bawang merah, bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit diblender. Kemudian tumis kulit kayu manis, buah pelage, cengkih dan bunga lawang seketika dan masukkan bahan yang diblender. Tumis bahan2 tersebut sehingga naik bau sehingga keperangan.
2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air berserta daun kari.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak. Kemudian masukkan santan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
SElamat Mencuba....
Tuesday, May 22, 2012
Cholate Homemade ( Mastura Cookies)
coklat nie saya buat khas untuk majlis Dinner Hari GUru 2012 kira ole-ole malam Dinner kat Rumbia PAka pada 16 Mei 2012...
harap-harap coklat nie sedap untuk di makan.. nie hadiah kecil saya khas untuk semua warga SK Tepus...
Puding Triffle
Hari nie nk kongsi resepi puding triffle yang orang kata nama pun dah mewah dan harga nyer pn bleh tahan tp sebenarnya senang dan mudah untuk dibuat sendiri dan lebih sedap...
Nie dia puding Triffle yang saya buat untuk ole-ole tetamu semasa majlis solat Hajat kat umah family saya
nie pula semasa wedding kawin cousin my hubby
Nie dia resepi nyer ...
Bahan yang diperlukan adalah...
1 gulung kek (beli yang dah siap sebarang perisa)
1 tin susu cair
4 sudu tepung Kastad
3 sudu besar gula * nk manis bleh lebihkan sket
1 tin buah koktail
1 kotak serbuk jelly * sebarang perisa ( sy guna jenama NoNA)
2 cawan @ 200ml air
cara- cara membuat :-
potong kek setebal 1 cm atau pun agak2 lar tak perlu tebal sangat. Kemudian susun kek tersebut dalam bekas kaca kalu nk nampak dia cantik kalu tak de pun ape2 bekas pun bleh...kemudian asingkan isi buah koktail dan air nyer. Ambik air buah koktail tersbut dan renjis pada kek yang telah di susun cantik tadi.
seterusnya, lapisan tengah dia, blender kan susu cair + tepung Kastad + gula bersama sehingga sebati. kemudian cuah aduan tadi ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan. Pastikan Kacau selalu supaya tak berkentul-kentul.. Kacau sehingga agak-agak pekat dan tutup api. Kemudia cuah aduan tersebut ke dalam bekas yang berisi kek tadi.
Kemudian susun @ taburkan buah-buah koktail tadi atas lapisan kastad tersebut.. Bleh jgk cmpurkan nata d-coco or laici supaya lebih pelbagai..
kemudian masak serbuk jelly bersama air hingga larut. kemudian cuah ke atas adunan tersebut. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras dan sejuk..
Taraa dah siap boleh dihidangkan bila dah sejuk kerana enak d makan bila puding nie sejuk
Friday, May 11, 2012
Lata Belantan wif friend's
Bertolak dari Felda jerangau kira jam 3.30 petang untuk ke chalet Lata BElantan tp tak konvoi sbb kami pergi dulu untuk uruskan penginapan....
Malam pertama spai lata belantan kami mengadakan BBQ bersama.. kira group adalah 20 orang dewasa tak termasuk kanak-kanakk sangat menyeronakkan..
Keesokkan nyer masa untuk mandi-manda....
setelah penat2 mandimanda kami balik masak dan makan-makan. Lepas siap makan-makan dan rilex kami pun kemas2 nk check out dan pulang. kami pulang secara konvoi ramai2 tp sblm balik singgah di Pata Airport lu makan sotong celup tepung, ikan celup tepung, kepok, udang celop tepung, mee goreng dan ketam celop.. myhubby belanja sempena besday dia.. Terima kasih
Wednesday, May 9, 2012
KEK KEJU
Nyumm... Nyumm
malam nie aku menyiapkan 2 biji kek keju untuk santapan kawan2 suami ku merangkap kawan ku jua lar untuk majlis perbincang "meeting" lar sempena program LATA BELATAN pada khamis 10 Mei 2012 hingga Jumaat 11 Mei 2012 yang mana perbincangan tersebut berlangsung di teratak kami...(^_^) ada sebiji lagi kek yang aku sendiri tak tau nk kasi nape hehhe esk2 lar upload kek tur...
Tuesday, May 8, 2012
MY FAMILY
Gambar nie masa g umah Abg Long beberapa hari yang lalu
Gambar Keluarga saya tapi tak cukup lagi sebab bukan semua nyer ada tp saya suka...
Subscribe to:
Comments (Atom)








