Tuesday, May 22, 2012

Puding Triffle

Hari nie nk kongsi resepi puding triffle yang orang kata nama pun dah mewah dan harga nyer pn bleh tahan tp sebenarnya senang dan mudah untuk dibuat sendiri dan lebih sedap...
Nie dia puding Triffle yang saya buat untuk ole-ole tetamu semasa majlis solat Hajat kat umah family saya
nie pula semasa wedding kawin cousin my hubby
Nie dia resepi nyer ... Bahan yang diperlukan adalah...
1 gulung kek (beli yang dah siap sebarang perisa)
1 tin susu cair
4 sudu tepung Kastad
3 sudu besar gula * nk manis bleh lebihkan sket
1 tin buah koktail
1 kotak serbuk jelly * sebarang perisa ( sy guna jenama NoNA)
2 cawan @ 200ml air
cara- cara membuat :-
potong kek setebal 1 cm atau pun agak2 lar tak perlu tebal sangat. Kemudian susun kek tersebut dalam bekas kaca kalu nk nampak dia cantik kalu tak de pun ape2 bekas pun bleh...kemudian asingkan isi buah koktail dan air nyer. Ambik air buah koktail tersbut dan renjis pada kek yang telah di susun cantik tadi.
seterusnya, lapisan tengah dia, blender kan susu cair + tepung Kastad + gula bersama sehingga sebati. kemudian cuah aduan tadi ke dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan. Pastikan Kacau selalu supaya tak berkentul-kentul.. Kacau sehingga agak-agak pekat dan tutup api. Kemudia cuah aduan tersebut ke dalam bekas yang berisi kek tadi.
Kemudian susun @ taburkan buah-buah koktail tadi atas lapisan kastad tersebut.. Bleh jgk cmpurkan nata d-coco or laici supaya lebih pelbagai..
kemudian masak serbuk jelly bersama air hingga larut. kemudian cuah ke atas adunan tersebut. Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras dan sejuk..
Taraa dah siap boleh dihidangkan bila dah sejuk kerana enak d makan bila puding nie sejuk

No comments:

Post a Comment