Wednesday, May 23, 2012

Roti Jala

Hari nk kongsi satu lagi resepi kegemaran saya iaitu Roti jala cicah kuah kari tp kat trg org tua-tua cicah ngan kuah manis..
nie resepi yang saya buat :
300 gm tepung gandum
1 biji telur
4 cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil pewarna kuning
cArA nk membuat adalah :;:
1. Blend ke semua bahan sehingga sekata dan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam
4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat ataupun gulung roti jala tersebut.
5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
resepi kari nyer... tp terpulang pada masing2 lar just kongsi jer.. Bahan-bahan
200 gm isi ayam
Serbuk kari * sy guna BABAS sebab sedap
Santan* terpulang nk cair or pekat
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula
cara- cara masak :-
1. Bawang merah, bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit diblender. Kemudian tumis kulit kayu manis, buah pelage, cengkih dan bunga lawang seketika dan masukkan bahan yang diblender. Tumis bahan2 tersebut sehingga naik bau sehingga keperangan.
2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air berserta daun kari.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak. Kemudian masukkan santan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
SElamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment